胃胀打嗝是什么原因| 眼压低是什么原因| 乳头大是什么原因| 佛跳墙是什么东西| 想吃甜食是什么原因| 春天开的花都有什么花| 宫腔镜手术是什么手术| 心肌缺血用什么药效果最好| 西皮是什么意思| 清创手术是什么意思| 转音是什么意思| 11月28日是什么星座| 什么时候闰正月| 海市蜃楼为什么可怕| 月子吃什么最下奶| 什么叫化学| 言重了是什么意思| 乳腺点状钙化是什么意思| 热淋是什么意思| 嘴巴里长血泡是什么原因| 呵护是什么意思| 牙龈发紫是什么原因| 吃羊肉不能吃什么东西| 去医院洗纹身挂什么科| 为什么癌症治不好| 过敏性鼻炎用什么药效果好| 4月10号是什么星座| 糖类抗原153是什么| 望尘莫及什么意思| 白细胞高是什么原因引起的| 毕罗是什么食物| 伤口吃什么消炎药| 弯弯的月亮像什么| 老是出汗是什么原因| 什么而不舍| 怀孕为什么会流褐色分泌物| 8宫代表什么| 乙醇是什么东西| 汤去掉三点水念什么| 红枣什么时候吃最好| 秦始皇的佩剑叫什么剑| 为什么尽量不打免疫球蛋白| 什么菜| 断肠草长什么样| 白血病有什么征兆| 泌乳素偏高是什么原因| lca是什么意思| 栀子花什么时候修剪| 流星是什么| 85年是什么年| 1945属什么生肖| 白袜子是什么意思| ch是什么牌子| 破伤风伤口有什么症状| 特仑苏是什么意思| 焦虑失眠吃什么药最好| 肝郁气滞吃什么药好| un读什么| 胃胀吃什么药| 心脏缺血吃什么药| 不景气是什么意思| 办幼儿园需要什么证| 被交警开罚单不交有什么后果| 九八年属什么生肖| 丙辰是什么时辰| 氧化亚铜什么颜色| 白色裤子搭什么颜色上衣| 小狗呕吐是什么原因| 阳刚之气是什么意思| 禄神是什么意思| 4岁小孩流鼻血是什么原因| 结合是什么意思| 出恭什么意思| 呦呦鹿鸣什么意思| 小孩手上脱皮是什么原因| 牡丹象征着什么意义| 什么是前列腺| 为什么会发烧| 手书是什么| 喝中药尿黄是什么原因| 湿温病是什么症状| 米加参念什么| 子宫直肠窝积液是什么意思| 长期喝茶有什么危害| 黄体破裂是什么原因| 斑鸠吃什么| 补气血吃什么药效果好| 故宫为什么叫紫禁城| 什么喷剂延时最好| 男人占有欲强说明什么| 给小孩买什么保险好| 下午七点是什么时辰| 肠道长息肉是什么原因造成的| 黄体不足吃什么| 相向而行是什么意思| 孕妇可以喝什么饮料| 消化道出血有什么症状| met什么意思| 肩胛骨发麻是什么原因| 养尊处优是什么意思| cosmo是什么意思| 妊娠囊是什么意思| 彩色相片什么时候出现| 女人吃牛蛙有什么好处| olayks是什么牌子| 吃什么菜减肥最快| 什么的小鸡| 什么食物含镁| 什么乐器最好学| 食少便溏是什么意思| 京东什么时候优惠最大| 一直很困想睡觉是什么原因| 肠胃蠕动慢吃什么药| 副脾是什么意思| lo娘是什么意思| 什么血压计最准确| 属蛇的是什么星座| 伦琴是什么单位| 垂头丧气是什么意思| 除日是什么意思| 金钱骨是什么部位| 眼镜轴向是什么意思| 关节退行性改变是什么意思| 脚底干裂起硬皮是什么原因怎么治| 脑门出汗多是什么原因| 低脂牛奶适合什么人喝| 五月二十四号是什么星座| 己是什么意思| 下午5点到7点是什么时辰| 女人喝什么茶好减肥| 脚气有什么症状| 婧五行属什么| 贫血喝什么茶| 贬低是什么意思| 什么人适合吃蛋白质粉| 外耳炎用什么药| 古代警察叫什么| 黄疸挂什么科| meme什么意思| 心里发慌是什么病| 1938年属什么| 什么是外心| 早泄吃什么中药| 贫血看什么指标| 辐照食品是什么意思| 小孩风热感冒吃什么药| 有血流信号是什么意思| 氤氲是什么意思| 苏联什么时候解体| 棒打鸳鸯什么意思| 挂钩疼挂什么科| 氰化钠是什么| 为什么会有湿气| 神经梅毒有什么症状| 抑郁状态和抑郁症有什么区别| 寸止什么意思| 雄鹰是什么意思| 什么网卡好| 渣男之首是什么星座| 脑供血不足会导致什么后果| 承字属于五行属什么| 天上的星星是什么| 硝酸咪康唑乳膏和酮康唑乳膏有什么区别| 雪碧喝多了有什么害处| 脑ct都能查出什么病| 有胆结石的人不能吃什么东西| 肉燕是什么| 莫名其妙的心情不好是什么原因| 什么原因引起静脉曲张| 尿酸高平时要注意什么| 羊水污染是什么原因造成的| 天空像什么| 晚睡早起是什么原因| 子宫出血是什么原因造成的| 养老金什么时候可以领取| 查血糖血脂挂什么科| 奥斯卡小金人什么意思| 经常眩晕是什么原因引起的| 什么叫败血症| 右下腹疼痛什么原因| 考法医需要什么条件| 补肾最好的药是什么药| 当兵苦到什么程度| 黑头发有什么好处| 属牛的本命佛是什么佛| 夏天爱出汗是什么原因| 什么人容易得格林巴利| 80年属什么的| 5月份是什么星座| 脾切除后有什么影响| 5月14日是什么星座| bmi是什么意思啊| 孕晚期白细胞高是什么原因| 血压低吃什么水果最好| 踏板摩托车什么牌子好| 取保候审是什么意思还会判刑吗| 笋不能和什么一起吃| 窦性早搏是什么意思| 头发有点黄是什么原因| 胎菊泡水喝有什么功效| 大理寺是什么机构| cachecache是什么牌子| 增大摩擦力的方法有什么| 七年是什么婚| 补钙吃什么| 绿豆和什么食物相克| 宝宝咳嗽有痰吃什么药效果好| 囊肿与肿瘤有什么区别| 腋毛癣用什么药膏最好| 小腿红肿是什么原因引起的| 风花雪月是什么生肖| 字是什么结构| 咳嗽吃什么食物| 为什么一躺下就头晕目眩| 窦性心律t波改变是什么意思| 吃什么去湿气| 肺肿瘤有什么症状| 下肢静脉曲张是什么原因引起的| 来大姨妈喝什么汤比较好| 胎儿双顶径偏大是什么原因| 为什么吃了避孕药还是怀孕了| 大便化验隐血阳性什么意思| 广西有什么水果| 梦见什么是受孕成功了| 1月15号是什么星座| 晚上喝柠檬水有什么好处| 刮痧用什么油刮最好| 胰尾显示不清什么意思| 脸霜什么牌子的好| 肾上腺增生是什么意思| 琋字五行属什么| 金童玉女指什么生肖| 肚子胀不排便什么原因| 上岗证是什么| 眼底检查主要查什么| 膝盖积液用什么药最好| 浓缩汁是什么意思| 肺寒吃什么药| 朱元璋代表什么生肖| 521是什么星座| 中班小朋友应该学什么| 全自动洗衣机不排水是什么原因| 周瑜和诸葛亮是什么关系| 1948年是什么年| 好好的什么意思| 高血压要吃什么| 做梦梦到小孩子是什么意思| 什么颜色属木| 肠梗阻是什么病| 什么是厌氧菌感染| 单核细胞百分比偏高什么原因| 什么是信仰| 什么把什么造句子| 蔓字五行属什么| 全身检查要挂什么科| 脑电图异常是什么病| 心存芥蒂是什么意思| 德高望重是什么生肖| 3.5是什么星座| vgr100是什么药| 耳刀旁加步念什么| 董事总经理是什么职位| 乳腺增生吃什么药好| 杏不能和什么一起吃| 百度Pergi ke kandungan

[山东] 2017年体育专业测试开始 1.5万余人报考

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Virus
"Rotavirus"
Rotavirus
Pengelasan virus e
(tanpa pangkat): Virus
Various
百度   月日至日,中央国家机关工委在京召开年年终工作(扩大)会,以习近平新时代中国特色社会主义思想为指导,全面贯彻党的十九大战略部署,谋划今后五年中央国家机关党的建设,研究明年的重点任务。

See text

Virus adalah ejen kecil berjangkit yang hanya boleh berkembang biak di dalam sel organisma hidup, ia paling banyak jumlahnya dan boleh didapati di hampir setiap ekosistem di Bumi.[1][2] Virus boleh menjangkiti semua jenis organisma, dari haiwan, tumbuhan, bakteria dan arkea.[3] Virus juga merupakan sejenis parasit intrasel obligat yang membiak dengan cara menawan sel-sel lain kerana mereka tidak berupaya untuk membiak sendiri.

Istilah virus biasanya merujuk kepada zarah-zarah yang menjangkiti eukariot (organisma multisel dan unisel) sedangkan zarah-zarah yang menyerang prokariot (bakteria dan organisma sepertinya) adalah faj. Kebiasaannya, zarah-zarah ini membawa asid nukleik deoksiribosa mahupun ribosa yang dilapis pelindung daripada protein atau gabungan protein-lipid.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Istilah "virus" menyerap kata Latin yang bermaksud "racun" atau "bisa";[4] ia mula diungkapkan ahli botani Belanda Martinus Willem Beijerinck dalam kertas kerja yang dibentangkan kepada Persatuan Diraja Belanda pada 27 November 1898 yang membincangkan lanjut sifat "cairan hidup menjangkit" (contagium vivum fluidum) yang didapati dalam siasatan botanis Jerman Adolf Mayer terhadap kes dedaun pokok tembakau yang kecut membintil diserang suatu penyakit mozek yang merugikan banyak pengilang cerutu: Adolf mendapati cecair getah pokok terjangkit asal mampu menjangkitkan pokok sihat lain yang didedahkan melainkan setelah cecair tersebut dipanaskan pada suhu tinggi, dan Martinus berjaya membuktikan jangkitan tersebut tidak disebabkan sebarang kuman yang langsung tidak terkandung padanya.[5] Sebelum ini, Dmitri Ivanovsky pernah melakukan ujikaji serupa secara berasingan pada 1891 selain menemui tompokan jasad serupa hablur dalam kerat rentas sel tembakau,[6] namun tidak mengembangkan lanjut hasil kajian ini.[7]

Pada hari ini, virus digunakan untuk merujuk kepada virus biologi dan juga sebagai metafora untuk perkara yang bersifat menular seperti parasit, contohnya idea. Istilah ini turut digunakan dalam sains komputer bagi mewakili aturcara yang menjejaskan kendirian komputer yang sehubungan. Perkataan virion atau viron digunakan untuk zarah virus berjangkit tunggal.

Pengelasan virus

[sunting | sunting sumber]

Pada da tahun 1962, André Lwoff, Robert Horne, dan Paul Tournier merupakan orang-orang pertama yang mengembangkan pengelompokan virus berdasarkan sistem hierarki Linnaeus[8] menggunakan klasifikasi filum, kelas, ordo, famili, genus, dan spesies. Virus dikelompokkan sesuai dengan kesamaan sifat dalaman dan jenis asid nukleat yang membentuk genom.[9]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Tatanama taksonomi spesies virus ditentukan oleh Jawatankuasa Taksonomi Virus Antarabangsa (ICTV). Sistem tatanama am virus adalah seperti di bawah:

Alam (-viria)
Subalam (-vira)
Filum (-viricota)
Subfilum (-viricotina)
Kelas (-viricetes)
Order (-virales)
Suborder (-virineae)
Keluarga (-viridae)
Subkeluarga (-virinae)
Genus (-virus)
Subgenus (-virus)
Spesies

Setakat 2019, satu alam (Riboviria), satu filum (Negarnaviricota), dua subfilum, enam kelas, 14 order, tujuh suborder, 150 keluarga, 70 subkeluarga, 1,019 genus, 59 subgenus dan 5,560 spesies virus telah dikenal pasti oleh ICTV.[10]

Kandungan genetik

[sunting | sunting sumber]

Virus diklasifikasikan kepada beberapa kelas, misalnya:

  • Kelas I DNA berbenang berkembar (Double stranded DNA)
  • Kelas II DNA berbenang tunggal (Single stranded DNA)
  • Kelas III RNA berbenang berkembar (Double stranded RNA)
  • Kelas IV RNA berbenang tunggal positif, bertindak sebagai mRNA
  • Kelas V RNA berbenang tunggal negatif, bertindak sebagai templat untuk sintesis mRNA
  • Kelas VI RNA berbenang tunggal positif dengan DNA sebagai perantara (retrovirus)
  • Kelas VII DNA berbenang ganda dua dengan RNA sebagai perantara semasa proses replikasi.

Kelas kelas ini bukan klasifikasi filogenetik kerana virus-virus mungkin tidak berkongsi asal yang sama.

Perumah dijangkiti

[sunting | sunting sumber]

Virus boleh dijangkiti semua organisma hidup, yakni haiwan, tumbuhan, bakteria dan kulat. Sesetengah virus hanya mampu menjangkiti spesies khusus manakala sesetengah lagi boleh menjangkiti pelbagai spesies. Virus tumbuhan tidak berbahaya kepada haiwan dan virus haiwan lain tidak berbahaya kepada manusia.

Mikrobiologi virus

[sunting | sunting sumber]

Fasa hidup

[sunting | sunting sumber]

Virus menawan sel perumah untuk memenuhi kitaran hidupnya iaitu menghasilkan lebih banyak zarah virus. Virus berada di antara kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup. Virus boleh membiak dan mewarisi sifat generasi sebelumnya, tetapi bergantung kepada enzim perumah, dan boleh dikendalikan seperti molekul biasa contohnya boleh menghablurkan zarahnya dan berada dalam keadaan dorman. Sama ada virus hidup atau tidak, mereka merupakan parasit obligat dan tidak mempunyai kemampuan untuk membiak sendiri. Seperti kebanyakan parasit, mereka memerlukan perumah yang tertentu, misalnya sesetengah virus hanya boleh membiak dalam spesis tertentu tetapi sesetengah yang lain boleh membiak dalam pelbagai jenis spesis dalam proses replikasi.

Replikasi virus

[sunting | sunting sumber]

Virus tidak boleh menjalani pembahagian sel secara sendiri, dan perlu mengambil alih mekanisme sel perumah untuk menjalani replikasi, yakni menghasilkan salinan virus induk. Secara umumnya, terdapat enam fasa replikasi virus seperti di bawah:

  1. Penyerapan (adsorption): Virus melekat pada membran plasma sel prumah melalui ikatan virus dengan reseptor sel perumah.
  2. Penusukan (penetration): Virion memasuki sel perumah secara endositosis atau "bergabung" antara sampul virus dengan membran sel.
  3. Nyahlapisan (uncoating): Kapsid virus dilarutkan dan kandungan genetik virus tersebar di dalam sel perumah.
  4. Replikasi genom: Genom virus direka semula oleh sel perumah.
  5. Pematangan (maturation): Struktur-struktur virus dihasilkan oleh sel perumah.
  6. Pembebasan (release): Virus-virus yang dihasilkan dibebaskan dari sel, menyebabkan lisis, yakni pengoyakan membran plasma sel perumah.

Proses replikasi antara RNA dan DNA adalah berbeza.

Struktur virus

[sunting | sunting sumber]
Struktur virus mozek tembakau: 1. asid nukleik, 2. kapsomer, 3. kapsid heliks.

Virus secaranya amnya lebih kecil saiznya berbanding bakteria, di mana diameter ukurannya dianggarkan antara 20 hingga ke 300 nanometer. Kebanyakan virus tidak dapat dilihat melalui mikroskop optik yang biasa, oleh itu mikroskop elektron digunakan untuk menggambarkan virion.[11]

Virion yang merupakan zarah virus sempurna biasanya terdiri daripada asid nukleik iaitu gen virus, teras protein yang menyimpan gen virus itu sendiri serta lapisan protein yang berfungsi sebagai pelindung (sampul).

Bahan genetik virus diselubungi oleh suatu lapisan pelindung. Protein yang menjadi lapisan pelindung tersebut disebut kapsid. Bergantung pada jenis, kapsid boleh berbentuk sfera, heliks, polihedral, atau bentuk yang lebih kompleks dan terdiri atas protein yang disandikan oleh genom virus. Kapsid terbentuk dari banyak subunit protein yang bernama kapsomer.[12]

Sampul virus yang selalunya dihasilkan daripada membran sel perumah melindungi genom virus yang memberikannya mekanisme bebas dan tindakbalas konsisten terhadap ransangan luar kepada virus tersebut.

Asal usul virus adalah tidak jelas. Pada masa ini, virus dipercayai terhasil di dalam organisma perumah dan berasal daripada unsur seperti plasmid dan transposon. Ada juga yang berpendapat virus merupakan mikrob yang muncul secara berasingan dalam sup primordium. Bentuk bentuk lain adalah seperti viroid, virusoid, dan prion.

Patologi dan perubatan

[sunting | sunting sumber]

Peranan dalam jangkitan

[sunting | sunting sumber]

Contoh penyakit yang paling biasa ialah selsema yang disebabkan oleh pelbagai jenis virus. Selain itu, demam campak, AIDS, dan kudis selsema juga disebabkan virus. Kajian terbaharu menyaksikan kanser serviks adalah disebabkan separuhnya oleh papilomavirus. Ini menunjukkan perkaitan pertama antara kanser dan agen penjangkit. Selain itu, virus borna yang sebelum ini dipercayai menyebabkan penyakit neuron pada kuda, mungkin bertanggungjawab terhadap penyakit psikiatri pada manusia. Keupayaan virus untuk menyebabkan penyakit dipanggil kevirulenan.

Seseorang dengan penyakit virus boleh mengalami dua keadaan, iaitu mengalami jangkitan akut dalam jangka masa cepat atau mengalami jangkitan yang berpanjangan dengan risiko jangkitan semula.[13]

Wabak berkaitan virus

[sunting | sunting sumber]

Beberapa jenis virus bertanggungjawab atas beberapa buah wabak serta pandemik dalam sejarah seperti influenza dan Ebola. Wabak-wabak moden utama berkaitan virus termasuklah:

  • Selesema Sepanyol pada 1918 dan 1919 yang berkembang menjadi sebuah pandemik antarabangsa di semua benua dunia menjelang Oktober, dan menjangkiti kira-kira sepertiga penduduk dunia (kira-kira 500 juta orang). Wabak ini tamat dalam 18 bulan selepas pengenalpastian terawal. Dalam enam bulan pertama, sekurang-kurangnya 50 juta orang maut.[14]
  • Wabak HIV, virus penyebab AIDS yang mula berkembang di kebanyakan kawasan dunia sejak 1969 hingga kini.[15] Pihak PBB menganggarkan jumlah kematian di Afrika akibat AIDS sebanyak 90-100 juta orang menjelang 2025.[16]
  • Wabak jenis baru influenza A virus subjenis H1N1 pada 2009. Pada April 2009, aras amaran pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ditingkatkan daripada tahap tiga kepada lima sehingga diumumkan pada 11 Jun 2009 bahawa aras pandemik telah ditingkatkan kepada tahap tertinggi, tahap enam.[17] H1N1 disahkan sebagai pandemik pada Jun 2009, dengan hampir 30,000 kes disahkan seluruh dunia.
  • Wabak Ebola Afrika Barat 2014 yang menjadi wabak virus Ebola terbesar dalam sejarah. Kiraan akhir menunjukkan 28,616 orang memperoleh virus ini dengan 11,310 orang maut, kira-kira 40% jumlah kes.[18]
  • Pandemik COVID-19 pada 2019 dan 2020. Suatu koronavirus baru dikenal pasti pertama di Wuhan, Hubei, China, pada awal bulan Januari 2020 yang menyebabkan gugusan kes penyakit pernafasan akut,[19] kini dirujuk sebagai penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang telah dikenal pasti pada bulan Disember 2019. Lebih daripada 100 negara dan wilayah terjejas. Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencirikan koronavirus sebagai pandemik.[20][21]

Pengesanan

[sunting | sunting sumber]

Pengesanan, pengasingan dan analisis virus secara umumnya ialah proses yang mahal dan sulit. Penelitian virus memerlukan peralatan yang mahal dan golongan pakar dalam pelbagai bidang seperti teknologi, biologi molekul dan virologi. Kajian tentang virus lazim melibatkan jabatan-jabatan negara atau melalui kerjasama dengan pihak luar negara melalui badan antarabangsa seperti WHO.[22]

Rawatan dan pencegahan

[sunting | sunting sumber]

Disebabkan virus menggunakan sel perumah, virus sukar dibunuh. Cara yang terbaik ialah pencegahan melalui pemvaksinan dan penggunaan dadah untuk merawat simptom penyakit. Kebanyakan pesakit meminta antibiotik tetapi sebenarnya antibiotik tidak mampu melawan virus, penyalahgunaannya akan menyebabkan ketahanan antibiotik dalam bakteria. Sungguhpun begitu, kadang-kala, cara yang selamat adalah memulakan rawatan menggunakan antibiotik semasa menunggu keputusan sama ada simptom pesakit adalah disebabkan virus atau bakteria.

Pemvaksinan

[sunting | sunting sumber]

Vaksin digunakan untuk mengekang jangkitan virus sebelum virus-virus sebenar dapat ditemui. Vaksin-vaksin virus berjaya mengurangkan risiko penyakit-penyakit berjangkit seperti polio, campak dan rubela.[23] Kini, vaksin-vaksin dapat digunakan terhadap lebih daripada 13 jangkitan virus,[24] dan lebih banyak vaksin virus digunakan terhadap haiwan.[25]

Ubat antivirus

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan ubat antivirus digunakan untuk merawat jangkitan virus yang khusus, tetapi ada sebilangan ubat yang berkesan terhadap beberapa jangkitan virus secara serentak.[26]

Sains perubatan

[sunting | sunting sumber]

Virus memainkan peranan penting dalam kajian biologi molekular dan sel kerana ia mengandungi sistem-sistem ringkas yang boleh diolah bagi tujuan mengkaji fungsi-fungsi yang ada pada sel.[27] Kajian yang dilakukan terhadap virus-virus ini serta pengunaan mereka memberikan banyak maklumat yang penting terhadap aspek-aspek biologi sel[28] seperti kajian genetik dan pemahaman yang mendalam kepada mekanisme genetik molekular seperti pereplikaan DNA, pemprosesan RNA, penterjemahan genetik, peredaran protein serta imunologi.

  1. ^ Lawrence CM, Menon S, Eilers BJ, Bothner B, Khayat R, Douglas T, Young MJ (May 2009). "Structural and functional studies of archaeal viruses". The Journal of Biological Chemistry. 284 (19): 12599–603. doi:10.1074/jbc.R800078200. PMC 2675988. PMID 19158076.
  2. ^ Edwards RA, Rohwer F (Jun 2005). "Viral metagenomics". Nature Reviews. Microbiology. 3 (6): 504–10. doi:10.1038/nrmicro1163. PMID 15886693. S2CID 8059643.
  3. ^ Koonin, Eugene V.; Senkevich, Tatiana G.; Dolja, Valerian V. (Sep 2006). "The ancient Virus World and evolution of cells". Biology Direct. 1: 29. doi:10.1186/1745-6150-1-29. ISSN 1745-6150. PMC 1594570. PMID 16984643.
  4. ^ "vīrus". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 933.
  5. ^ Rujuk:
    • van Kammen, A. (1999). "Beijerinck's contribution to the virus concept — an introduction". Dalam Calisher, Charles H.; Horzinek, M. C. (penyunting). 100 Years of Virology. Springer. m/s. 1–8. ISBN 978-3-7091-6425-9.
    • Bos, L. (Mac 1999). "Beijerinck's work on tobacco mosaic virus: historical context and legacy". Philosophical Transactions of the Royal Society of London. Series B: Biological Sciences. 354 (1383): 676–8. doi:10.1098/rstb.1999.0420.
  6. ^ Гапон, Д. (2015). "Фильтрующиеся вирусы". Наука и жизнь (dalam bahasa Rusia) (6): 38–50.
  7. ^ Topley, W. W. C.; Wilson, Graham S.; Collier, L. H.; Balows, A.; Sussman, Max; Topley, W. W. C. (1998). Topley & Wilson's microbiology and microbial infections (ed. 9). London: Arnold ; Oxford University Press. m/s. 3. ISBN 0-340-66316-2.
  8. ^ Lwoff A, Horne RW, Tournier P (June 1962). "[A virus system]". Comptes Rendus Hebdomadaires des Seances de l'Academie des Sciences (dalam bahasa French). 254: 4225–7. PMID 14467544.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ Lwoff A, Horne R, Tournier P (1962). "A system of viruses". Cold Spring Harbor Symposia on Quantitative Biology. 27: 51–5. doi:10.1101/sqb.1962.027.001.008. PMID 13931895.
  10. ^ ICTV Virus Taxonomy ICTV Virus Taxonomy Release History
  11. ^ Collier pp. 33–37
  12. ^ Wagner, EK. (2008), Basic Virology, Australia: Blackwell Publishing, m/s. 69, ISBN 2007019839 Check |isbn= value: checksum (bantuan)
  13. ^ Evans, AS.; Kaslow, RA. (1997), Viral Infections of Humans:epidemiology and Control, New York: Plenum Publishing Corporation, m/s. 16, ISBN 0-306-44856-4
  14. ^ Taubenberger JK, Morens DM (Januari 2006). "1918 Influenza: the mother of all pandemics". Emerg Infect Dis. Centers for Disease Control and Prevention. 12 (1).
  15. ^ The virus reached the U.S. by way of Haiti, genetic study shows.. Los Angeles Times. 30 Oktober 2007.
  16. ^ "Aids could kill 90 million Africans, says UN". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 4 Mac 2005. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  17. ^ "AWHO declares swine flu pandemic". BBC News. (dalam bahasa Inggeris). 11 Jun 2009. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  18. ^ Wappes, Jim. "US health worker monitored as DRC Ebola nears 600 cases" (dalam bahasa Inggeris). CIDRAP. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  19. ^ "WHO Statement Regarding Cluster of Pneumonia Cases in Wuhan, China". WHO. 31 Disember 2019. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  20. ^ "WHO Director-General's opening remarks at the media briefing on COVID-19 - 11 Mac 2020". WHO. 11 Mac 2020. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  21. ^ "Coronavirus confirmed as pandemic". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2025-08-07. Dicapai pada 2025-08-07.
  22. ^ Zuckerman, AJ.; Banatvala, JE.; Griffiths, P. (2009), Principles and Practice of Clinical Virology, England: John Wiley & Sons Ltd., m/s. 105, ISBN 978-0-470-51799-4
  23. ^ Asaria P, MacMahon E. Measles in the United Kingdom: can we eradicate it by 2010?. BMJ. 2006;333(7574):890–95. doi:10.1136/bmj.38989.445845.7C. PMID 17068034.
  24. ^ Arvin AM, Greenberg HB. New viral vaccines. Virology. 2006;344(1):240–49. doi:10.1016/j.virol.2005.09.057. PMID 16364754.
  25. ^ Pastoret PP, Schudel AA, Lombard M. Conclusions – future trends in veterinary vaccinology. Revue Scientifique et Technique (International Office of Epizootics). 2007;26(2):489–94, 495–501, 503–09. doi:10.20506/rst.26.2.1759. PMID 17892169.
  26. ^ Rossignol JF (2014). "Nitazoxanide: a first-in-class broad-spectrum antiviral agent". Antiviral Res. 110: 94–103. doi:10.1016/j.antiviral.2014.07.014. PMID 25108173.
  27. ^ Collier p.8
  28. ^ Lodish, Harvey; Berk, Arnold; Zipursky, S. Lawrence; Matsudaira, Paul; Baltimore, David; Darnell, James.Viruses:Structure, Function, and Uses Retrieved on 16 September 2008

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Collier, Leslie; Balows, Albert; Sussman, Max (1998) Topley and Wilson's Microbiology and Microbial Infections ninth edition, Volum 1, Virology, penyunting: Mahy, Brian dan Collier, Leslie. Arnold. ISBN 0-340-66316-2.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Virus di Wikimedia Commons
海粉是什么 山海经讲的是什么 子宫内膜粘连有什么症状 脚气泡脚用什么泡最好 终其一生下一句是什么
elisa是什么检测方法 1975年五行属什么 肝右叶钙化灶什么意思 10月19是什么星座 无学历学什么技术好
earth是什么意思 本加一笔是什么字 蜡笔小新的爸爸叫什么 舌头白腻厚苔是什么原因 肾亏吃什么好
生理盐水和食用盐水有什么区别 什么的雾霾 盆腔积液吃什么消炎药 肚皮冰凉是什么原因呢 多囊是什么原因造成的
黄花菜不能和什么一起吃hcv9jop8ns3r.cn 正月开什么花hcv9jop3ns7r.cn 花枝招展是什么意思hcv9jop3ns7r.cn 背部痒是什么原因hcv7jop5ns2r.cn 芝麻分是什么意思hcv9jop0ns5r.cn
吃什么可以让卵泡长得快hcv7jop9ns1r.cn 男士蛋皮痒用什么药hcv7jop5ns0r.cn 晕车的读音是什么hcv8jop8ns9r.cn 脐带血能治疗什么病hcv9jop1ns9r.cn 什么东西蛋白质最高hcv8jop6ns2r.cn
山药炒什么好吃hkuteam.com 88年属什么的生肖creativexi.com 鱼眼睛吃了有什么好处chuanglingweilai.com 硕的拼音是什么hcv8jop1ns1r.cn 老是想拉尿是什么原因hcv8jop0ns0r.cn
琥珀是什么意思hcv8jop6ns6r.cn 字帖是什么hcv8jop5ns0r.cn 卵磷脂什么牌子好wuhaiwuya.com 胆汁反流用什么药hcv8jop9ns9r.cn 鱼生是什么鱼hcv8jop0ns5r.cn
百度